Peruntukan Waktu Kokurikulum
Kokurikulum merupakan satu gerak kerja yang wajib dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun.
Tujuan pelaksanaan adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa setiap hari rabu perlu diadakan aktiviti kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan adalah berdasarkan kelab dan persatuan akademik, kelab sukan permainan dan unit beruniform.
Antara perkara yang menjadi kekeliruan dalam pelaksanaan kokurikulum ini adalah berkaitan dengan tempoh masa minimun yang perlu dilaksanakan oleh kelab/persatuan/unit beruniform.
Pihak KPM telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 2 2007 dalam menentukan waktu minimun bagi pelaksanaan kokurikulum di peringkat rendah dan menengah. Boleh rujuk gambar di bawah.
Berdasarkan gambar di atas, jelas menyatakan waktu minimun bagi pelaksanaan kokurikulum adalah 1 jam seminggu bagi murid tahun 3 dan 4 manakala 2 jam seminggu bagi murid tahun 5 dan 6. Murid sekolah menengah pula adalah 2 jam seminggu bagi jurusan teknik dan vokasional dan 3 jam seminggu bagi sekolah menengah harian, SBP SMA dan lain-lain.
Tidak menjadi masalah rasanya jika sekolah dalam seminggu melaksanakan 2 jam bagi murid tahap 2. Setiap minggu pula diadakan 1 jam untuk persatuan akademik atau unit beruniform dan satu jam lagi untuk kelab sukan.
Apa yang menjadi keutamaan adalah perjumpaan setiap kokurikulum (kelab persatuan unit beruniform) adalah 12 kali setahun.
Rujuk pekeliling ini untuk makluman lanjut.
Surat Pekeliling Peruntukan Waktu Kokurikulum
Failkan di dalam fail kokurikulum masing-masing.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Ceguhadi
Surat pekeliling yang menyatakan 12 kali setahun mana?
admin
yg itu bleh rujuk pajsk cg..12 kali perjumpaan. cukup murid hadir 12 kali perjumpaan..murid akan dapat markah penuh dalam bahagian kehadiran
Nikmaizan
Setiap org mempunyai pemahaman berbeza pada pekeliling..ada yg kata 3 jam setiap perjumpaan kelab,3 jam uniform 3 jam sukan permainan..ada yg kata 1 jam setiap tu…myebabkan 10% koko menjadi 300% melebihi akademik.yg mana ye yg betul?