Perlindungan ex-gratia kepada penjawat awam persekutuan
Apa itu ex gratia?
Exgratia merupakan satu skim bencana kerja yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penjawat awam persekutuan semasa menjalankan tugas rasmi.
Bencana kerja yang dimaksudkan di atas adalah
i. kemalangan yang berlaku di luar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi; atau
ii. kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasir-anasir jahat seperti balas dendam dan sebagainya akibat tugas rasmi pegawai
iii. penyakit khidmat.
Faedah yang diberi di bawah Skim ini hanya bagi bencana kerjayang mengakibatkan kematian atau HUK (hilang upaya kekal) sahaja.
Mulai 1 Julai 2017, bencana kerja didefinisikan seperti berikut
Bencana kerja, termasuk:
i. semasa dalam perjalanan lazim dan munasabah pergi/ balik dari tempat kediaman ke tempat bertugas;
ii. semasa dalam perjalanan ke mana-mana tempat untuk bertugas rasmi/berkursus;
iii. semasa waktu rehat rasmi atau waktu rehat yang dibenarkan;
iv. perjalanan pergi/ balik dari tempat kediaman ke pekan berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan dan keperluan asas harian, khusus bagi pegawai yang berkhidmat di lokasi yang disenaraikan layak untuk dibayar Bayaran Insentif Pedalaman atau Elaun khas Mengikut Lokasi dan Tahap kesusahan
v. penyertaan dalam aktiviti sukan (termasuk perjalanan) di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian dan di peringkat ibu pejabat jabatan.
Pembayaran Ex-Gratia Bulanan kepada pegawai adalah untuk seumur hidup berkuat kuasa mulai tarikh bencana manakala
pembayaran Ex-Gratia Waris berkuat kuasa sehari selepas tarikh kematian pegawai berdasarkan syarat-syarat berikut:
1.Balu dibayar seumur hidup selagi tidak berkahwin semula.
2.Duda dibayar sekiranya bergantung kepada sebahagian besar pendapatan isterinya, selagi tidak berkahwin semula. Kebergantungan duda ditentukan berdasarkan laporan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3.Anak dibayar sekiranya belum berkahwin pada tarikh kematian pegawai sehingga:
i. berumur 21 tahun atau berkahwin mana yang lebih awal
ii. tamat ijazah pertama sekiranya masih belajar termasuklah anak yang berumur melebihi 21 tahun di bawah tanggungan pegawai semasa kematiannya. Anak yang hilang kelayakan untuk menerima bayaran kerana telah mencapai umur 21 tahun, layak disambung bayaran sekiranya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dengan syarat pengajian tersebut bermula dalam tempoh setahun dari tarikh beliau menamatkan pengajian di peringkat sebelumnya. Penyambungan
bayaran berkuat kuasa dari tarikh beliau menyambung pengajian.
4. Anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri dibayar selagi tidak berupaya menyara kehidupannya.
5. Ibu dan bapa menerima bayaran seumur hidup.
Maklumat lanjut seperti penerangan mengenai definisi, cara pengiraan ex gratia pukal dan bulanan, permohonan dan lain lain perkara berkait boleh rujuk pekeliling di bawah.
Selamat membaca cikgu. Fahami dan simpan untuk kegunaan masa akan datang jika terjadi kepada kita.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]