UPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
- Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular;
- Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
- Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
- Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membanarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
- Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.
- Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
- Aktiviti naik turun bangku.
- Aktiviti lari pecut 30 meter
- Melakukan lompat jauh berdiri
- Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.U1
- Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi mengelakkan kecederaan?
- Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti
- Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
- Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan
- Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui
- Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan otot;
- Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
- Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama.
- Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.
- Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]