UPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan.
Apakah fungsi jantung ?
A Mengepam darah melalui sistem otot badan
B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada
A ginjal, perut dan jantung.
B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena
4 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ………
A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung
8 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?
A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang minimum
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]