Latihan menyusun perkataan membentuk ayat
Antara latihan asas yang dapat dilakukan bagi membantu kemahiran murid membina ayat adalah dengan memberikan mereka latihan berkenaan menyusun perkataan membentuk ayat.
Pada peringkat awal, minta murid menyusun 3 perkataan dengan betul bagi membina ayat.
Selepas murid menguasai kemahiran menyusun ayat daripada 3 perkataan, guru boleh menambah kemahiran kepada ayat yang lebih panjang seperti membina ayat daripada 4 atau 5 perkataan.
Di peringkat awal juga, pastikan latihan diberi mempunyai huruf besar sebagai penanda kepada perkataan di awal ayat dan tanda noktah di perkataan terakhir.
Ini bertujuan untuk memastikan murid menguasai asas tatabahasa membina ayat iaitu huruf besar di hadapan dan tanda noktah di akhir ayat penyata.
Jangan berikan murid menyusun perkataan membentuk ayat majmuk kerana ia menyukarkan murid nanti.
Pastikan hanya ayat tunggak yang ringkas dan dalam susunan biasa sebagai latihan kepada murid.
Paling mudah berikan soalan yang mengandungi 1 subjek (kata nama), 1 kata kerja , 1 objek.
Mulakan menyusun perkataan dengan ayat berbentuk aktif dan bukannya pasif.
Berikut merupakan contoh soalan.
1.bendera / Jalur Gemilang / Malaysia.
_________________________________________
2.Kita / semasa / lagu Negaraku. / berdiri / menyanyikan / tegak
_________________________________________
3.pertandingan / Biki / poster. / menyertai / melukis
_________________________________________
4.kita. / mestilah / akan / Kita / sayang / negara
_________________________________________
5.kaca / Surat khabar / dikitar / semula. / boleh / botol / dan
_________________________________________
6.menabung / mulia. / Budaya / amalan
_________________________________________
7. tabung. / Biki / ke dalam / menyimpan / wang
_________________________________________
8.gotong-royong. / aktiviti / Penduduk / Desa Kasih / mengadakan
__________________________________________________
Dapatkan latihan tersebut di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]