latihan asas matematik Tambah Tolak Darab Bahagi
Untuk cemerlang dalam mata pelajaran matematik, antara asas yang perlu dikuasai oleh murid adalah kemahiran asas penggunaan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kemahiran asas ini juga merupakan salah satu konstruk yang berada di dalam saringan Linus bagi Numerasi.
Murid di akhir tahun 3 juga harus menguasai kesemua konstruk matematik dalam saringan Linus untuk mencapai KPI 100% yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Perkongsian kali ini melibatkan latihan asas matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Terdapat 58 helaian kertas latihan dan 60 soalan matematik bagi setiap helai menjadikan jumlah terkumpul ke semua soalan adalah 3480 soalan.
Guru pemulihan dan guru matematik juga dapat gunakan aktiviti ini sebagai pengukuhan kepada murid pandai dan pemulihan kepada murid numerasi.
Untuk murid pandai, rekod berapakah masa yang diperlukan mereka untuk selesai menjawab untuk menilai kepantasan berfikir secara mencongak.
Sesuai digunakan bukan sahaja untuk di sekolah, tetapi ibubapa juga dapat mencetak sendiri soalan ini bagi membantu anak-anak menguasai kemahiran asas ini.
Tambahan pula, soalan ini pastinya dapat dijawab oleh ibubapa dan juga abang dan kakak di murid tahun 6.
Jika ibubapa menggunakan sehelai sehari untuk anak-anak sebagai latihan yang wajib setiap hari, sekurangnya 2 bulan hari murid dan anak-anak terisi dengan aktiviti matematik ini.
Berikut merupakan file 3480 soalan latihan asas matematik (tambah, tolak, daran dan bahagi)
Lathan Asas Matematik (Tambah, tolak, darab dan bahagi)
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]