Dasar Pemisah bagi Pegawai Berprestasi Rendah
Dasar pemisah atau exit policy ini kerap disebut-sebut semenjak 2 menjak ini. Akhirnya, pihak KPM mengeluarkan SOP berkenaan dengan exit policy ini kerana didapati kurang dilaksanakan di peringkat ppd. Diharap melalui panduan ini, dasar pemisah ini dapat dilaksanakan dengan baik bermula tahun ini.
Sebelum itu, rujuk dulu apa yang dimaksudkan prestasi rendah.
“Berprestasi rendah”bermaksud:
(i) markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan(LNPT) bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) (termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ditempatkan di jawatan kader, pinjaman, pertukaran sementara dan yang setara dengannya) kurang daripada 60%; atau
(ii) markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kurang daripada 60%; atau
(iii) pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (Key PerformanceIndicator–KPI) di bawah sasaran (below target)bagi penilaian prestasi berasaskan KPI.
Pelaksanaan dasar ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan tidak terjejas dengan KPM akan mengambil tindakan memperakukan penamatan pegawai berprestasi rendah menerusi prosedur seperti berikut tertakluk kepada fakta bagi setiap kes. Perkara ini selaras dengan Peraturan 49,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U (A) 395/1993).
Pelaksanaan dasar pemisah ini akan dapat mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi bagi membolehkan perkhidmatan pendidikan meningkatkan mutu perkhidmatan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini selaras dengan kehendak PPPM 2013-2025.
Bagi melaksanakan prosedur ini, terdapat 3 peringkat perlu dilalui iaitu Peringkat Pertama (pengenalpastian), Peringkat kedua (tempoh pemerhatian) dan Peringkat 3 (Perakuan penamatan)
Bagi peringkat pertama, jika didapati markah diperolehi adalah 59.99% dan kebawah, 2 orang pegawai penyiasat akan dilantik dan menjalankan siasatan dan pengesahan ke atas, PYD, Pegawai Penilai 1 dan 2, Ketua jabatan dan rakan sejawat selama 2 minggu. Siasatan dijalankan melalui temu bual.
Pegawai penyiasat ini perlu melihat trend markah LNPT/PBPPP, rekod cuti, laporan perubatan, tempoh kehadiran (jika tidak hadir 6 bulan tidak layak dinilai), buku rancangan mengajar, status perkhidmatan, lembaran kelakuan dan tatatertib. Ke semua ini perlu direkod dan dibentang dan diselaras dalam mesyuarat.
Jika laporan dan mesyuarat dan penyelarasan menyatakan markah pegawai melebih 60% markah, pegawai perlu dikeluarkan dari dasar pemisah dan dikekalkan dalam perkhidmatan awam. Jika masih di bawha 60%, nama pegawai di hantar ke BPSM KPM untuk dibentangkan. Dan jika disahkan oleh PPSM, pegawai ini akan melalui tempoh pemerhatian.
Tempoh pemerhatian adalah 1 tahun dari tarikh yang diputuskan oleh mesyuarat PPSM KPM. Ketua jabatan akan melantik beberapa orang seperti Kaunselor, GBK dan beberapa jawatan lagi. Pegawai ini akan disaring sama ada mempunyai masalah kesihatan, kesihatan , pembangunan kendiri dan kewangan. Pegawai yang menerima notis cadangan persaraan awal akan dikeluarkan dari dasar ini. JIka kekal melebih 60% markah penilaian, makan dikekalkan dalam perkhidmatan.
Pegawai yang memperoleh markah kurang daripada 60% setelah tamat tempoh pemerhatian, PPSM Induk KPM hendaklah meminta Ketua Jabatan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pegawai dan pegawai hendaklah mengemukakan penjelasan di dalam surat tunjuk sebab yang dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tersebut untuk memasuki fasa peringkat perakuan penamatan.
Jika ditetapkan untuk ditamatkan setelah melalui beberapa prosedur, BPSM KPM akan mengeluarkan surat kepada Ketua Jabatan memaklumkan Pegawai Ditamatkan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam dan Ketua Jabatan hendaklah merekodkan keputusan tersebut di dalam HRMIS dan Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai (BRP).
Untuk mendapatkan tatacara, borang dan maklumat lanjut melalui dasar ini sila rujuk.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]