Kertas Kerja Pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan (senamrobik)
Banyak sekolah yang biasanya memulakan aktiviti kokurikulum di sekolah pada petang rabu bermula Februari.
1 dasar yang turut dilancarkan oleh sekolah kebiasannya pada bulan Februari atau Mac adalah majlis pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Majlis Pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan ini kebiasaanya diselitkan dengan aktiviti riadah yang mudah iaitu senamrobik.
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan.
Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara.
Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Pelaksanaan program ini tidak memakan masa yang lama iaitu hanya kira-kira 1 jam setengah sahaja diperlukan. Oleh itu, ia tidak menggangu proses pdp keseluruhan pada hari tersebut.
Berikut merupakan kertas kerja tersebut.
Kertas Kerja Pelancaran 1 murid 1 sukan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]