Larangan Pemberian Cenderahati Kepada VIP di Majlis Rasmi
Atas dasar mengoptimunkan perbelanjaan kerajaan, pihak KPM telah mengeluarkan surat edaran berkaitan pemeberian cenderahati kepada VIP.
Pada 11 Januari, mesyuarat pengurusan telah memutuskan untuk melarang dan memberhentikan sama sekali pemberian cenderahati kepada tetamu kehormat VIP semasa majlis rasmi di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Atas arahan ini juga, didapati semua organisasi dan pusat tanggungjawab di bawah KPM perlu mematuhi arahan ini dan memberhentikan amalan tersebut.
Pada surat ini ini juga ditujukan Simpanan Kepada (s.k) kepada Semua pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.
Namun begitu, cenderahati yang dihasilkan oleh murid mungkin masih boleh diberi kepada VIP yang datang. Perkara ini boleh rujuk di bawah.
Larangan Pemberian Cenderamata
Berkenaan juga dengan surat edaran terbaru ini bertarikh januari 2017, boleh rujuk pada pautan di bawah.
Larangan Pemberian Cenderahati Di Majlis Rasmi KPM 2017
Diharap, melalui surat edaran ini, para pentadbir dapat akur dengan arahan tersebut.
Perbelanjaan sekolah sama ada melaui geran kerajaan ataupun Dana PIBG perlulah dioptimunkan untuk perkembangan diri murid dan penambahbaikan untuk sekolah.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]