Latihan Menulis Karangan dengan mengisi tempat kosong
Penulisan atau karangan merupakan salah satu kertas peperiksaan yang agak sukar untuk mendapat markah cemerlang tidak kira sama ada penulisan bahasa melayu atau penulisan bahasa inggeris.
Terdapat pelbagai panduan ataupun latih tubi yang boleh diberikan kepada murid untuk membantu mereka menguasai kemahiran membina karangan yang baik.
Sebelum dapat membina karangan, murid itu sendiri perlu mahir membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
Antara latihan yang boleh diberikan kepada mereka untuk membina ayat adalah melalui latihan menyusun perkataan membentuk satu ayat yang betul.
Latihan Menyusun Perkataan Membentuk Ayat Lengkap
Selain itu, antara bentuk latih tubi yang boleh diberikan kepada murid untuk membantu mereka membina karangan adalah dengan memberikan mereka latih tubi untuk menyiapkan karangan dengan mengisi jawapan yang betul pada karangan tersebut.
Berikut merupakan contoh latih tubi.
Latihan 1
Lengkapkan karangan di bawah dengan menggariskan perkataan yang sesuai. Salin semula ayat-ayat ini supaya menjadi satu karangan yang lengkap.
Hobi Saya
Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap (ahli / anggota / orang) ada hobi. Hobi saya ialah (membaca / menulis / mengulangkaji) buku. Saya dapat banyak faedah (untuk/dengan/pada) membaca. Saya membaca buku pada masa (senang / tenang / lapang).
Membaca (menambahkan / menyebabkan / memberikan) ilmu pengetahuan kepada saya. Saya selalu (membeli / mengambil / meminjam) buku dari perpustakaan. (Dia / Kamu / Saya) meminjam buku-buku seperti buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain.
(Sifat / Tabiat / Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya dapat (mengajar / mempelajari / memperbaiki) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak membantu dalam (ajaran / pengajaran / pelajaran) saya. Saya dapat mengulangkaji pelajaran dengan (padat / singkat / senang).
Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya / selama-lamanya / sesungguh-sungguhnya).
Berdasarkan latihan di atas, dapat dilihat bagaimana jawapan diberikan dan murid perlu memilih jawapan yang tepat dan betul untuk diisi pada tempat kosong tersebut.
Berikut merupakan lebih 30 halaman latihan seperti di atas.
Latihan Menulis Karangan dengan mengisi tempat kosong
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]