Modul Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris
Bermula UPSR 2016, yang paling dibimbangkan oleh pihak sekolah adalah berkaitan dengan kertas Penulisan Bahasa Inggeris di mana kertas tersebut mempunyai grednya tersendiri.
Sebelum 2016, Bahasa Inggeris hanya mempunyai 1 gred di mana markah pemahaman dan penulisan dicampurkan untuk membentuk satu gred markah.
Tetapi, bermula 2016, pemahaman dan penulisan telah mempunyai grednya tersendiri menjadikan 6 gred sekarang yang dipamerkan di slip keputusan UPSR.
Kertas Penulisan Bahasa Inggeris ini telah menjadi antara killer bagi result sekolah dan murid. Ini disebabkan, kurangnya murid menguasai kemahiran membina ayat di sekolah rendah.
Bagi membantu pihak sekolah, dikongsikan panduan dan latihan membina ayat (building sentences) yang disediakan oleh cg Cynthia James dari SK Kunak 2.
Pada modul ini, terdapat lebih 70 muka surat yang padat dan lengkap dengan aktiviti pelbagai yang berkait dengan pembinaan ayat bahasa inggeris.
Dalam modul ini juga terdapat gambar yang sudah disediakan ayat contoh bagi memberi sedikit panduan berkenaan dengan ayat yang boleh dibina mereka.
Modul ini juga mempunyai pelbagai contoh ayat dan model answer bagi setiap soalan yang diberikan.
Modul ini sangat sesuai digunakan untuk murid lemah, pemulihan dan hampir lulus. Murid yang cemerlang pon boleh menggunakan modul ini untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis Bahasa Inggeris.
Modul Membina Ayat Bahasa Inggeris
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membPerformanceantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]