Nota Digraf Diftong Konsonan dan Vokal Bergabung
Antara salah satu bidang utama dalam NKRA adalah Literasi dan Numerasi (LINUS).
Bagi kebanyakan murid literasi, antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah kemahiran membaca dan menulis diraf, diftong, konsonan berganding dan vokal berganding.
Dalam buku teks tahun 2, 4 kemahiran ini sangat dititikberatkan dan sering diulangkali disebut di dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun 2.
Tambahan pula, kemahiran ini juga disoal dalam saringan membaca dan menulis Bahasa Malaysia.
Bagi guru tahun 2, 4 kemahiran ini lah yang sangat dititikberatkan oleh guru supaya mereka dapat menguasainya sebelum mereka masuk ke tahun 3.
Contoh perkataan diftong
landai, aising, zaitun,
tapai, pantai, petai, kucai
serai, tupai
tauge, tauhu, taucu,
tauliah, saujana, maujud
amboi, kaloi, tampoi,
konvoi, ngongoi
Contoh perkataan digraf
ladang, pisang,
balang, tolong
khabar
syif, syabas, syarikat
Contoh perkataan vokal berganding
saat,
kain,sains,
buah, buaya,
biola, piano
Contoh perkataan konsonan bergabung
aiskrim
stor, stesen
blok
draf
brek
Bagi mendapatkan nota digraf diftong vokal berganding dan konsonan bergabung, boleh rujuk di bawah.
diftong digraf vokal berganding konsonan bergabung
diftong dan vokal berganding powerpoint
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]