UPSR Bahasa Inggeris Penulisan
Bermula UPSR 2016, yang paling dibimbangkan oleh pihak sekolah adalah berkaitan dengan kertas Penulisan Bahasa Inggeris di mana kertas tersebut mempunyai grednya tersendiri.
Sebelum 2016, Bahasa Inggeris hanya mempunyai 1 gred di mana markah pemahaman dan penulisan dicampurkan untuk membentuk satu gred markah.
Tetapi, bermula 2016, pemahaman dan penulisan telah mempunyai grednya tersendiri menjadikan 6 gred sekarang yang dipamerkan di slip keputusan UPSR.
Kertas Penulisan Bahasa Inggeris ini telah menjadi antara killer bagi result sekolah dan murid. Ini disebabkan, kurangnya murid menguasai kemahiran membina ayat di sekolah rendah.
Bagi membantu pihak sekolah, dikongsikan panduan dan latihan pra-penulisan kertas Bahasa Inggeris Penulisan UPSR yang disediakan oleh cg Cynthia James dari SK Kunak 2.
Pada pra-penulisan ini, ada 100 muka surat latihan bermula daripada perkara asas sehingga kepada asas menulis.
Modul ini sangat sesuai digunakan untuk murid lemah, pemulihan dan hampir lulus. Murid yang cemerlang pon boleh menggunakan modul ini untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis Bahasa Inggeris
Berikut sedikit snap daripada modul tersebut.
Gambar di atas nota untuk membina ayat dalam bahasa inggeris dengan betul. Latihan bergambar membina ayat juga terdapat dalam modul ini.
Gambar di atas pula berkenaan penggunaan adjektif yang betul dalam membina ayat. Ada banyak lagi latihan sebegini dalam modul ini.
Gambar di atas pula adalah berkenaan dengan vocabulary iaitu makna perkataan dalam bahasa inggeris dan melayu.
Pada modul ini terdapat lebih kurang hampir 100 mukasurat yang bercampur pelbagai latihan dan panduan untuk pra penulisan murid dalam bahasa inggeris.
Dapatkan modul ini di bawah.
Modul Latihan Pra Penulisan BI karangan UPSR
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]