Penjodoh bilangan
Antara aspek tatabahasa yang selalu murid terkeliru adalah berkenaan dengan penggunaan penjodoh bilangan yang betul.
Setiap bilangan pada kata nama masing masing mempunyai penjodoh bilangan yang tersendiri.
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, dan sebagainya.
Antara contoh penjodoh bilangan adalah seperti :
Angkatan. untuk sekumpulan manusia atau benda seperti kapal, tentera, pelukis, penulis.
Baris. untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris seperti orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi.
Batang. untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi seperti sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum.
Buah. untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu seperti bandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet.
Buku. untuk benda-benda yang keadaannya berketul seperti sabun, roti, benang
Terdapat pelbagai lagi nota pada perkongsian kali ini yang berkait dengan penjodoh bilangan.
Berikut merupakan contoh soalan.
1 Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.
A bilah
B buah
C batang
D butir
2 Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
A biji
B buah
C bentuk
D butir
3 Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
A baris
B buah
C bidang
D carik
4 Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.
A blok
B bongkah
C angkatan
D bidang
Dapatkan soalan tersebut di sini
300 soalan dan nota penjodoh bilangan UPSR
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]