Syarat Pendaftaran Calon Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM
Pihak lembaga telah menetapkan bahawa pentaftaran bagi peperiksaan awam untuk sesi 2017 adalah bermula 1 Mac 2017.
Sila rujuk di bawah berkenaan dengan tarikh dan tatacara serta borang pendaftaran.
Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Beserta Borang
Pihak lembaga juga telah mengemasikini syarat berkenaan dengan pendaftaran bagi peperiksaan awam.
Dengan ini, syarat pendaftaran peperiksaan yang terpakai dalam Buku Panduan Pengurusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan yang diterbitkan pada tahun 2010 adalah terbatal.
Berikut merupakan syarat kelayakan pendaftaran bagi peperiksaan dan pentaksiran mulai tahun 2017.
Bagi UPSR,
1)Murid Tahun 6 yang mengikuti kurikulum kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Mencapai umur 11 tahun pada 1 januari pada tahun peperiksaan UPSR.
Pentaksiran Tingkatan 3
Calon sekolah
1)Murid tingkatan 3 yang mengikuti kurikulum kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 januari tahun PT3
Calon persendirian
1)Mencapai umut 14 tahun pada 1 januari pada tahun pt3.
Calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon sekolah
1)Murid tingkatan 5 yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan di sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.
2)Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon persendirian
1)Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Bagi melihat perubahan syarat bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (ulangan), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), boleh rujuk pada surat siaran di bawah.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Calon peperiksaan awam
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]