Kursus Online BOSOT untuk guru Malaysia
Alhamdulillah, selepas ithink dan masih lagi berjalan, guru perlu mengikuti kursus online yang baru iaitu BOSOT.
Bosot merupakan Blue Ocean Strategy Online Training yang akan dijalankan terhadap 89 550 orang guru di Malaysia nanti.
NBOS Summit pada 17 Jun 2016 telah memberi mandat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Malaysia Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) untuk melaksanakan BOSOT dalam perkhidmatan awam yang melibatkan seramai 200,000 penjawat awam (Gred 41-54) mulai tahun 2016 sehingga 2017. Seramai 20,000 penjawat awam dilibatkan pada tahun 2016 (Fasa 1) dan 180,000 orang pada tahun 2017 (Fasa 2).
Pihak Bahagian Pendidikan Guu BPG akan bertanggunjawab memantau pelaksanaan kursus ini terhadap 89 550 orang guru.
Kursus ini akan diadakah bermula 1 April hingga 30 Jun 2017.
Tempoh kursus ini dilaksanakan berbeza mengikut negeri mungkin untuk mengurangkan kesesakan dan load pada server yang mungkin menjejaskan aplikasi BOSOT itu nanti kerana terlalu ramai user.
Setiap negeri di kumpulkan mengikut zon masing-masing dengan terdapat 5 zon yang mengandungi 3 negeri.
Macam mana nak mengetahui sama ada kita terlibat atau tak ??
Semua PPP yang terlibat AKAN;
- menerima e-mel pemakluman yang mengandungi ID, Kata Laluan dan ‘Token’ dari MBOSI; atau
- boleh menyemak nama masing-masing melalui SPLKPM (Modul Individu); atau
- akan dimaklumkan oleh Penyelaras BOSOT di Bahagian, JPN, PPD dan sekolah.
Bagi mendapatkan panduan untuk mula berkursus bagi BOSOT ini boleh rujuk
BOSOT – Panduan untuk Mula Kursus
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]