Nota Lengkap Tatabahasa UPSR
Murid yang mahu mendapat gred cemerlang dalam UPSR mestilah dapat menguasai aspek tatabahasa.
Tatabahasa dalam bahasa melayu sangat meluas dan peraturan serta tatacara dalam penggunaan tatabahasa ini juga pelbagai.
Berikut merupakan contoh nota tatabahasa pada perkongsian kali ini.
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ) dan di awal dan di akhir kata ( apitan ).
KATA GANTI NAMA TANYA Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
KATA NAFI Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Berikut merupakan nota bagi tatabahasa.
Nota Panduan Tatabahasa Guru dan Murid
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]