Permohonan Penempatan Murid Tahun 1 2018 2019
Bagi sistem pendidikan di Malaysia, murid-murid wajib mengikuti sesi persekolahan seawal usia lingkungan 7 tahun peringkat sekolah rendah.
Ibubapa atau penjaga yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pada tahun 2017 ini, pihak KPM telah membuka permohonan kepada ibubapa penjaga untuk mendaftar anak untuk mengikuti sesi persekolahan (sekolah rendah) pada tahun 2018 dan 2019.
Permohonan ini dibuka bermula 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.
Terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan oleh ibubapa penjaga untuk mendaftar anak-anak.
Kaedah pertama adalah ibubapa penjaga perlu hadir ke sekolah bagi mengisi borang permohonan kemasukan ke tahun 1 bagi sesi 2018 dan 2019.
Kaedah yang kedua pula adalah melalui Sistem Permohonan Atas Talian di pautan ini Pendaftaran Tahun 1.
Maklumkan dan sebarkan kepada rakan ibubapa supaya tiada murid yang tercicir dalam pendidikan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]