Program Pertukaran Guru Korea-Malaysia
Sebut sahaja korea mesti ramai yang terbayang keadaan sejuk, bersalji dan pelbagai tempat menarik.
Sekarang ini, peluang terbuka kepada rakan-rakan guru untuk mengikuti program pertukaran guru di antara Malaysia dengan Republik Korea.
Program ini adalah Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education fon International Understanding UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2017.
Bagi yang berminat antara syarat utamanya adalah
- Malaysian.
- Telah berkhidmat sekurangnya 8 tahun.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan
- Berumur tidak lebih 50 tahun pada 1 Ogos 2017.
- Tidak mengikut sebarang pembelajaran di bawah tajaan KPM.
- Tidak mengikuti program jangka pendek.
- Telah tamat tempoh ikatan perjanjian bagi yang menerima biasiswa.
- Bukan peminjam tegar.
- Melibatkan diri aktif dalam sukan kebudayaan kesenian.
- Fasih dalam bahasa inggeris.
- Mempunyai literasi komputer yang baik.
- Tahap kesihatan yang baik.
- Tidak mempunyai kecacatan fizikal mental dan bebas penyakit berjangkit.
- Mendapat kebenaran pasangan.
- Telah mengisytiharkan harga.
- Keutamaan kepada PPP yang pernah mendapat anugerah dan pengiktirafan khusus.
- Kelebihan kepada yang fasih bahasa korea.
Program ini akan bermula pada April 2017 dengan penempatan seramai 8 orang guru korea di 4 buah sekolah di Pulau Pinang manakala guru dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea selama tiga bulan bermula Ogos 2017 hingga November 2017.
Bagi yang berminat dapatkan borang di bawah sini.
Surat akuan bebas senarai hitam tajaan KPM
Senarai Semak borang permohonan
Tolong war-warkan kepada rakan guru. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 April 2017.
Rebutlah peluang ini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]