Tarikh Permohonan ke IPG
Antara laluan kerjaya yang meningkat naik adalah kerjaya guru atau pendidik.
Saban tahun, syarat dan kemasukan ke IPG ini semakin bertambah ketat dan sukar kerana terlalu banyak persaingan dan permohonan yang dilakukan oleh murid lepasan SPM.
Antara faktor yang menarik ramai pemohon yang sering “disebut-sebut” oleh masyarakat luar adalah kerana kerjaya guru adalah mulia, kerja terjamin kerana lepas habis belajar terus posting ( tak tahulah betul ke tak), elaun, belajar percuma dan pelbagai lagi kelebihan yang diperolehi oleh guru pelatih.
Ada juga yang pernah mengatakan bahawa IPG ini senang nak lulus, kerana siapa-siapa sahaja yang dapat masuk IPG, pasti lulus.
Oleh itu, pada tahun 2017 ini, permohonan ke IPG akan dibuka pada bulan Mac 2017 menggunakan keputusan SPM yang telah diumumkan.
Mengikut siaran akhbar, permohonan boleh dibuat secara atas talian pada 20 Mac 2017 di laman sesawang rasmi kementerian pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.
Namun, pihak KPM telah menunda tarikh permohonan ini kepada tarikh baru iaitu 23 Mac hingga 30 Mac 2017 bermula pukul 2 petang.
Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk memeriksa dahulu pengkhususan dan opsyen yang ditawarkan ketika memohon.
Pastikan opsyen yang dipohon adalah opsyen yang digemari.
Seperti tahun yang lepas, permohonan untuk ke IPG bagi lepasan SPM dari semenanjung mungkin semakin banyak persaingan kerana tidak banyak lagi tempat ditawarkan seperti waktu dahulu.
Diharap mereka yang benar-benar meminati bidang keguruan sahaja yang memohon masuk kerana bidang pendidikan semakin banyak perubahan dan dasar yang pelbagai yang perlu dipatuhi oleh guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]