UPSR BM Penulisan, Teknik Menjawab Ulasan
Antara soalan yang terdapat dalam kertas UPSR Bahasa Melayu Penulisan adalah soalan berkenaan dengan ulasan.
Ulasan merupakan soalan bagi bahagian B di mana terdapat 15 markah diperuntukkan dan masa sebanyak 25 minit.
Panjang bagi karangan dan perkataan yang digunakan untuk menjawab soalan ulasan ini adalah di antara 50-80 patah perkataan.
Ramai guru beranggapan bahawa di dalam kertas bahasa melayu penulisan ini, menjawab soalan membina Ulasan merupakan antara soalan di mana murid boleh skor atau mendapat markah yang tinggi.
Namun begitu, ada juga guru yang merasakan bahawa sebahagian markah menjawab soalan ini memerlukan kemahiran murid berfikir iaitu KBAT.
Berikut merupakan antara tips yang boleh digunakan untuk menjawab soalan ulasan.
Tips yang pertama adalah perlu membaca soalan sebaik mungkin dan perhatikan dengan baik terhadap bahan rangsangan yang diberikan sama ada gambar, teks ataupun rajah.
Ulasan mesti ditulis dalam bentuk satu perenggan sahaja dan bukannya dalam bentuk isi atau poin.
Dalam menjawab soalan ulasan ini, murid perlu memberikan kedua dua idea tersurat yang terdapat pada bahan rangsangan atau soalan dan juga idea tersirat yang perlu difikirkan sendiri oleh murid.
Contoh idea tersurat pada rajah di atas.
- Kita perlu mengamalkan amalan makan secara sihat
- Makanan yang paling banyak perlu kita ambil ialah bijirin dan ubi
- Kita perlu makan banyak sayur dan buah
- Kita perlu makan secara sederhana susu, dadih dan keju
- Makanan paling sedikit yang perlu kita ambil ialah lemak, minyak, garam dan gula
Contoh idea tersirat pula adalah :
- Amalan makan secara sihat amatlah penting untuk menghindarkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetes dan obesiti.
- Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil agar mengamalkan makanan secara sihat supaya sihat sepanjang haya.
Idea tersurat dan tersirat di atas perlu digabungkan menjadi satu perenggan. Untuk pengetahuan murid, satu maksud tersirat sahaja sudah mampu untuk membolehkan murid mendapat markah yang tinggi. Di bawah merupakan jawapan 80 patah perkataan yang sesuai dengan soalan di atas.
Poster menunjukkan piramid makanan yang digunakan sebagai panduan makan secara sihat. Antaranya, kita perlu mengamalkan amalan makan secara sihat setiap hari. Selain itu, kita haruslah makan paling banyak seperti bijirin dan ubi. Seterusnya, kita perlu makan banyak sayur dan buah. Disamping itu, kita perlu makan secara sederhana seperti susu, dadih dan keju. Akhir sekali, kita sewajarnya makan paling sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula. Amalan makan secara sihat amatlah penting untuk menghindarkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetes dan obesiti. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil agar mengamalkan makanan secara sihat supaya sihat sepanjang hayat
Berikut merupakan slideshow cara menjawab soalan ulasan kertas bahasa melayu penulisan UPSR.
Slideshow teknik menjawab ulasan Bahasa Melayu Penulisan UPSR
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Ros Sidah
tqvm. sangat bermanfaat
seyreka
it is a very good tips thank. today i got my Percubaan UPSR BM . I hope i will get full a by using this tips
Rasyidah
Suasana di ruang ramu di sebuah rumah
Tasvinraj
thank you for the tips
NUR FASHA ADRINA BINTI SHAMSUDDIN Moe
Thank you for these tips…