Ujian pertengahan tahun pendidikan kesenian tahun 1 2017
Bermula tahun 2017, kurikulum standard sekolah rendah (kssr) mengalami semakan dan terdapat beberapa perubahan sama ada dari segi kandungan, mata pelajaran dan pelbagai perkara lagi.
Melalui perubahan ini, bentuk soalan peperiksaan juga haruslan berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dengan kurikulum. Para guru tidak lagi boleh mengambil terus soalan tahun 2016 tanpa menyemak dan membuat perubahan yang sesuai terhadap soalan tersebut.
Perkongsian kali ini adalah melibatkan kertas ujian Pendidikan kesenian bagi ujian pertengahan tahun bagi tahun 1.
Berikut merupakan beberapa contoh soalan yang terdapat dalam ujian Pendidikan Kesenian tahun 1 ini.
Pada kertas peperiksaan ini, dicampurkan elemen dunia seni dan dunia muzik di dalam satu kertas peperiksaan.
Bahagian pertama melibatkan elemen dunia muzik. Antara bentuk soalan adalah murid perlu melengkapkan lirik lagu yang dipelajari daripada buku teks tahun 1. Murid juga perlu mengenali mood, dinamik, tempo, pergerakan dan pelbagai perkara asas lagi berkenaan dengan muzik.
Pada bahagian kedua iaitu duni seni, murid hanya perlu menggunakan teknik capan pada tapak tangan dan membentuk satu rupa berdasarkan capan tersebut.
Berikut merupakan koleksi soalan pendidikan kesenian tahun 1.
UPT Pendidikan Kesenian tahun 1 kssr semakan 2017
UPT Pendidikan Kesenian Seni Visual Tahun 1 2018
Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada guru yang sudi berkongsi dengan kami.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]