LARANGAN MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM PDP DAN MERACUNI FIKIRAN PELAJAR MEMBENCI KERAJAAN
Surat pekeliling ikhtisas ini mengingatkan para guru untuk tidak melakukan salah laku dengan memasukkan unsur politk dalam soalan peperiksaan dan menghasut fikiran pelajar membenci kerajaan.
Antara perkara yang dimaksudkan sedemikian adalah :
1)menyediakan soalan peperiksaan penggal dan ujian bulanan yang berbau politik
2)menghasut pelajar supaya membenci kerajaan yang memerintah.
3)meracuni fikiran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya memandang rendah pemimpin-pemimpin negara.
4)mengadakan ceramah, perbincangan, dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti-kerajaan
5)mempengaruhi pelajar sehingga menyebabkan pelajar melukis atau melakar
bentukbentuk lukisan yang memberi maksud membenci atau menyindir tindakan atau dasar kerajaan.
6)memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti-kerajaan dengan pelbagai cara baik secara langsung mahupun tidak langsung sama ada berbentuk lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dan sebagainya
7)melakukan apa-apa sahaja amalan dan perbuatan yang bertentangan
dengan Etika Profesion Keguruan.
Berdasarkan pekeliling ini juga, pegawai kerajaan diperingatkan untuk berpegang teguh kepada prinsip “neutrality of the civil service” dan memberikan sokongan taat setia tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah.
Pekeliling ini juga memberikan peringatan kepada semua pengetua dan guru besar bahawa pada masa akan datang, jika berlaku lagi perkara-perkara negatif yang dinyatakan di atas di sesebuah sekolah baik dalam apa bentuk sekalipun, maka pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah PENGETUA dan GURU BESAR itu sendiri.
Dalam hal ini, tindakan tatatertib bukan sahaja boleh diambil terhadap guru yang terlibat atau guru-guru berkenaan, tetapi tindakan tatatertib juga boleh diambil terhadap seseorang pengetua atau guru besar sekolah berkenaan kerana kelalaian menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan pekeliling berkait untuk simpanan PGB.
Pekeliling berkenaan unsur politik dalam pdp
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]