89 Kaedah Pdpc Abad ke21
Pendidikan di Malaysia sekarang sememangnya diminta mengalami perubahan termasuk dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran ataupun pembelajaran dan pemudahcaraan sehingga menekankan bahawa kaedah yang digunakan perlu up to date pada abad ke-21 ataupun di zaman sekarang ini.
Berikut dikongsikan 89 kaedah pdpc abad ke-21 yang boleh digunapakai oleh gurud di dalam kelas.
Antara contoh kaedah itu adalah :
Shout Out ialah kaedah di mana murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi subangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik
Quadrat Activity (Aktiviti Berempat) ialah kaedah di mana satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid). Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan
Carousel (Karusel) ialah kaedah di mana soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas. Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan
Stretch to Sketch ( Lukis mengikut kreativiti) ialah kaedah di mana guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling kreatif.
Berikut merupakan pelbagai contoh lagi berkenaan kaedah pdpc abad ke-21 ini oleh cg safee zakaria dari kelantan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Rosn Ramli
Ada perbagai kaedah yg boleh diguna untuk mengendali pengajaran pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran dengan pendekatan yang berkesan.
kamal
hhelo
sobete
makasih ada yng share lg ifo berkhasiat