Carta Organisasi Highly Immersive Programme
Seperti yang telah diceritakan berkenaan dengan HIP atau higly immersive programme, antara perkara asas untuk melaksanakan dasar tersebut di sekolah adalah dengan mewujudkan carta organisasi atau jawatankuasa dahulu.

Carta organisasi bagi HIP ini tidak banyak bezanya berbanding dengan carta organisasi jawatankuasa sekolah yang lain cuma HIP ini lebih melibatkan semua guru-guru dan bukan sahaja guru bahasa inggeris.
Mengikut cadangan, Pengerusi, timbalan pengerusi, naib-naib pengerusi masih sama seperti jawatankuasa lain iaitu guru besar, guru penolong kanan pentadbiran dan guru penolong kanan hal ehwal murid dan kokurikulum.
Seterusnya adalah penyelaras program dan setiausaha. Ada sekolah yang meletakkan setiausaha peperiksaan sebagai penyelaras program dan ada juga yang meletakkan ketua panitia bahasa inggeris sebagai penyelaras program. Semua itu terpulang kepada pengurusan sekolah.
Bahagian seterusnya adalah jawatankuasa yang melibatkan panitia utama seperti matematik dan sains. Ini disebabkan, melalui HIP ini juga, diharapkan suasasa persekitaran bahasa inggeris dapat diwujudkan pada dua subjek utama ini.
Persatuan Ibubapa dan guru juga dijemput sama menjadi jawatankuasa bagi program HIP ini.
Berikut merupakan contoh carta organisasi bagi HIP ini.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]

