Contoh Aktiviti Permainan Bahasa
Dalam pdp atau pdpc sekarang, guru perlu kreatif melaksanakan pelbagai cara, kaedah dan teknik pengajaran bagi membolehkan sesuatu kandungan pembelajaran dapat dikuasai oleh murid sebaik mungkin.
CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA
Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan mendapat markah bonus.
Nota: Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.
Permainan Fikir dan Nyatakan
Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota: Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan.
Berikut merupakan contoh aktiviti permainan bahasa.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]