DSKP Pendidikan Islam Tahun 6 KSSR
Dokumen standard kurikulum dan prestasi merupakan dokumen yang perlu dipunyai dan disimpan oleh guru sepanjang mengajar sesuatu subjek itu.
Bermula tahun 2017, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi tahun 1 akan menggunakan sukatan KSSR (semakan) menggantikan kurikulum KSSR yang terdahulu.
Perubahan ini juga meliputi pelaksanaan proses PDP, pentaksiran dan pelbagai perkara lagi.
DSKP terkini ini akan menggantikan Dokumen Standard Kurikulum dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang telah menjadi panduan bermula tahun 2011 lagi.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam terdiri daripada tujuh bidang utama, iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi. Bidang-bidang ini yang mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dibangunkan dan diorganisasikan menjadi hasil pembelajaran yang dapat dilihat melalui penyataan dalam standard prestasi murid.
Tahap Satu: Pendidikan Islam adalah modul teras asas yang wajib diajarkan kepada murid Islam di institusi pendidikan atau sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang murid Islam.
Tahap Dua: Pendidikan Islam adalah mata pelajaran teras yang wajib diajarkan kepada murid Islam di institusi pendidikan atau sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang murid Islam.
Tahap satu :Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak 6 waktu di sekolah kebangsaan, 4 waktu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Peruntukan masa bagi modul Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan ialah 180 minit seminggu yang boleh dibahagikan kepada 6 waktu dengan 30 minit setiap waktu, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil ialah sebanyak 120 minit seminggu yang boleh dibahagikan kepada 4 waktu dengan 30 minit setiap waktu.
Tahap Dua: Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak 6 waktu di sekolah kebangsaan, 5 waktu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Peruntukan masa bagi modul Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan ialah 180 minit seminggu yang boleh dibahagikan kepada 6 waktu dengan 30 minit setiap waktu, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil ialah sebanyak 150 minit seminggu yang boleh dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu.
Berikut merupakan dskp pendidikan islam tahun 6.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]