Kertas Kerja Kem Jawi
Bagi sekolah yang ramai murid Islam, antara program yang selalu diadakan adalah program Kem Cemerlang Jawi atau juga dikenali sebagai Kem Pintar Jawi.
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program jQAF melaksanakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2017 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.
NAMA PROJEK
KEM CEMERLANG JAWI
Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik.
OBJEKTIF
Kem Cemerlang Jawi ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat
- mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung;
- membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup
- membaca dan menulis ayat pendek.
Berikut merupakan kertas kerja bagi kem cemerlang jawi / kem pintar jawi
Kertas Kerja Kem Cemerlang Jawi
Perkongsian seterusnya adalah berkenaan modul jawi yang boleh digunakan semasa kem diadakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]