Kertas Kerja Pelancaran Program NILAM
Antara program yang turut sering kali dianjurkan oleh pihak sekolah melalui Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah adalah program NILAM.
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Contoh kertas kerja
1.PENDAHULUAN
Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang. Tabiat membaca perlu disemai dalam diri setiap insan sejak di bangku sekolah lagi. Melalui PELANCARAN PROGRAM BACAAN NILAM peringkat sekolah ini, akan dapat melahirkan insan yang cintakan buku sekaligus suka membaca, seterusnya melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan luas.
2.MATLAMAT
Memupuk budaya membaca di kalangan murid.
3.OBJEKTIF
3.1. Sebagai satu usaha untuk mempromosikan Program NILAM di sekolah.
3.2. Dapat memantapkan lagi pelaksanaan Program NILAM.
3.3. Menjadikan budaya membaca sebagai asas menambah ilmu.
Berikut merupakan kertas kerja bagi Program Pelancaran NILAM dan juga brosur aktiviti.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]