Modul Bahasa Melayu Perak
Dikongsikan Modul Bahasa Melayu UPSR dari negeri Perak.
Modul ini dibina oleh jurulatih berpengalaman dari negeri Perak dalam subjek Bahasa Melayu UPSR.
Antara kandungan ringkat modul ini adalah….
- format terbaru bagi kertas peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
- mengandungi soalan bagi Bahasa Melayu Pemahaman dan bahasa Melayu Penulisan.
- 69 mukasurat.
- mencakupi hampir semua bentuk soalan dalam kertas peperiksaan bahasa melayu.
Berikut merupakan contoh bagi Bahasa Melayu Pemahaman
1. Shamira telah mengemukakan beberapa ______________________ tempat pembuatan batik di Negeri Terengganu.
2. Keenakan masakan di restoran Pak Yaakob mendapat ______________________ pelanggannya yang datang.
3. ______________________ anak sulung Puan Yati untuk menjadi seorang doktor akhirnya tercapai.
4. ______________________ Pulau Kapas menjadi tarikan pelancong luar negara.
5. Peristiwa ngeri itu sentiasa ______________________ dalam ingatannya sehingga kini.
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat dengan kata sendi nama yang paling sesuai.
1. Rombongan itu datang ____________________ Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Pelbagai promosi dijalankan ____________________ menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2015.
3. Puan Salmah meminta anak perempuannya membeli kain batik sebagai cenderamata semasa menyertai lawatan ____________________ Terengganu.
4. Cahaya matahari jelas kelihatan ____________________ kaki langit pada waktu senja di Pantai Cherating.
5. Walaupun dia berbangsa Cina, tetapi sangat fasih bertutur ____________________ bahasa India.
Contoh bagi Bahasa Melayu Penulisan
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Tulis ulasan kamu tentang cara-cara membuat aiskrim berdasarkan bahan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Berikut merupakan modul bahasa melayu pemahaman dan penulisan dari perak.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]