Panduan Umrah DIY
Sebagai seorang Islam, antara keinginan yang ada dalam hati setiap orang adalah mengerjakan umrah dan membuat ziarah di Mekah dan Madinah. Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki di sana, pastinya akan berdoa dan mengharapkan dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk kembali menjadi tetamu Allah s.w.t di sana.
Untuk ke tanah suci, biasanya kita akan mencari agen dan syarikat pelancongan yang menawarkan pajek-pakej mengerjakan umrah. Kebiasaannya, pakej ini harganya melebih rm4000 untuk ke tanah suci selama 10-12 hari. Tetapi, sekarang popular dengan umrah DIY di mana kita tidak perlu membeli pakej sebaliknya merancang sendiri ke tanah suci. Tambahan pula, airasia ada menawarkan flight ke Jeddah.
Umrah DIY ini adalah umrah yang dilakukan dan diuruskan oleh jemaah sendiri ke tanah suci dari awal perjalanan sehingga akhir perjalanan.
Mahupun begitu, pihak jemaah masih tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi di mana jemaah perlu mempunyai tiket penerbangan, tempat tinggal (hotel), dan pengangkutan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan visa daripada Agensi Pelancongan tempatan.
Dalam menguruskan umrah DIY, kosnya sangat bergantung kepada dua perkara iaitu tiket penerbangan dan hotel. Jika jemaah dapat memperoleh tiket penerbangan dan hotel pada harga yang murah, maka keseluruhan kos umrah akan menjadi murah.
Bagi melaksanakan umrah DIY, mereka yang pertama kali ke tanah suci dan warga emas tidak digalakkan kerana takut timbulnya beberapa masalah yang tidak diingini di masa akan datang.
Dalam buku panduan ini, terdapat 16 bab yang menceritakan tentang awal hingga akhir mengenai proses mengerjakan umrah DIY ini seperti tiket penerbangan, tempahan hotel, pengangkutan, vaksin, kursus umrah, mutawwif, bahasa sehingga kepada makan minum, tukaran wang, sim dan atm. In sha Allah panduan ini lengkap bagi membantu mereka yang ingin mengerjakan umrah dengan lebih jimat dan tidak terikat dengan jadual orang lain.
Berikut merupakan panduan mengerjakan umrah DIY. Jutaan terima kasih kepada yang berkongsi.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]