Pelaksanaan Highly Immersive Programme di seluruh sekolah
Highly Immersive Programme atau HIP adalah suatu program di bawah dasar MBMMBI iaitu Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.
HIP ini diwujudkan di bawah memperkukuh Bahasa Inggeris dengan mewujudkan suasana dan persekitaran Bahasa Inggeris di sekolah. HIP dilaksanakan mulai tahun 2016 di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tujuan diwujudkan HIP ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada penggunaan bahasa inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive Bahasa Inggeris di sekolah. Persektitaran ini diwujudkan melalui penglibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti bahasa inggeris serta penglibatan menyeluruh ibubapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa inggeris di sekolah.
Berikut merupakan beberapa contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan suasana highly immersive.
Aktiviti di dalam kelas seperti fun learning, lets talk, lets read together, show your talent dan project based learning.
Bag aktiviti di luar kelas yang boleh dilaksanakan adalah drop everything and read, speakers corner, perhimpunan dalam bahasa inggeris, lorong bahasa inggeris, permainan bahasa inggeris dan pelbagai lagi.
Untuk aktiviti tambahan kelas, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti Merry Coaching in Merry land, welcome ABC, LINUS 2.0 (english), sunflower programme dan pelbagai lagi.
Bagi aktiviti outreach, antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah dialog prestasi, program pertukaran murid, pemantauan sekolah, lawatan, kerjasama dengan universiti, dan pelbagai lagi.
Surat pekeliling pelaksanaan HIP ini boleh rujuk di bawah.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]