Pluto mungkin menjadi planet kembali
Sebagai seorang guru sains dan individu yang berminat dengan sains, antara perkara yang menjadi dilema adalah apabila berlakunya perubahan fakta dan info sains semasa.
Perubahan yang berlaku ini pula tidak sama dengan fakta yang dinyatakan di dalam buku teks dan kurikulum yang dipelajari di sekolah.
Ilmu dan fakta sainslah yang sering bertukar-tukar dan sentiasa tidak seragam dengan buku teks. Ini menyebabkan mungkin berlakunya silap maklumat daripada murid yang terbaca dari internet dan berbeza dengan kandungan dalam buku teks.
Fakta yang mungkin akan berubah adalah berkenaan dengan status planet Pluto.
Sehingga sekarang, telah 11 tahun pluto dikeluarkan daripada senarai planet. Namun, Pada Februari lepas, dimaklumkan ada sekumpulan saintis membawa “proposal’ untuk mengembalikan kembali pluto kepada keluarga planet”. Buat masa sekarang, buku teks kssr tidak mengklasifikasikan pluto sebagai planet.
Cadangan ini dibawa oleh Alan Stern yang merupakan seorang penyiasat misi ke pluto.
Rujuk keratan news di bawah.
Mahupun begitu, jika cadangan tersebut diterima, ia tetap akan memakan masa untuk meletakkan kembali pluto sebagai planet secara rasmi.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]