upt muzik tahun 6
Bermula tahun 2017, kurikulum standard sekolah rendah (kssr) mengalami semakan dan terdapat beberapa perubahan sama ada dari segi kandungan, mata pelajaran dan pelbagai perkara lagi.
Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan bagi peringkat-peringkat yang berbeza seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, dan sebagainya.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras. Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Bagi peringkat sekolah rendah, peperiksaan akan dilaksanakan hanya bagi murid tahap 2. Peperiksaan di tahap 1 dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bagi menilai murid selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ujian Pertengahan Tahun
Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada guru yang sudi berkongsi dengan kami.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]