Bahaya fidget spinner
Fidget Spinner ini pada asalnya dicipta untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), autisme dan pelbagai lagi masalah dalam diri.
Namun begitu, gadget ini telah menjadi semakin viral dan popular di kalangan kanak-kanak dan remaja. Alat sebegini banyak dijual di website online seperti di amazon, ebay, lazada dan pelbagai tempat lagi.
Walaubagaimanapun, ibubapa dan penjaga perlu memberi perhatian terhadap penggunaan alat ini di kalangan anak-anak kerana dilaporkan terdapat beberapa bahaya yang berlaku hasil daripada alat ini.
Antara keburukan atau bahaya yang pernah dilaporkan berlaku melibatkan fidget spinner ini adalah seperti:
1.Terdapat laporan yang memberitahu bahawa anaknya terpaksa dibedah kerana tertelan komponen kecil dari gadget ini. Komponen kecil berbentuk bulat ini telah melekat di dalam saluran di dada anak tersebut. Rujuk sini untuk maklumat lanjut Berita Tertelan fidger spinner
komponen yang ditelan oleh kanak-kanak
2.Ketagihan. Fidget spinner ini pada asalnya untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah tumpuan dan hyperaktif. Namun, pada kanak-kanak normal juga boleh menyebabkan ketagihan. Ada yang membawa alat ini ke mana-mana untuk bermain bersama rakan.
3.Kecederaan. Bahagian atau komponen pada fidget spinner ini juga dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak. Terdapat komponen fidget spinner ini yang boleh tertanggal pada bahagian utama. Terdapat laporan menyatakan bahawa komponen fidget spinner ini tertanggal dari bahagian utama dan menyebabkan kelukaan kepada jari anaknya.
4. Bahaya. Terdapat juga fidget spinner yang dikatakan berbahaya dan boleh digunakan dalam pergaduhan di kalangan kanak-kanak. Ini disebabkan, terdapat fidget spinner yang dikatakan mempunyai hujung yang tajam yang boleh menyebabkan luka jika digunakan dalam pergaduhan.
Berdasarkan pelbagai bahaya ini, kerajaan telah memberi arahan kepada pihak KPDNKK untuk membuat kajian terhadap gadjet ini sama ada benar-benar memberi bahaya kepada kanak-kanak atau pengguna. Sama-samalah nantikan keputusan daripada pihak kpdnkk ini.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang memiliki gadjet ini, bolehlah memberikan perhatian dan pengawasan kepada mereka takut tersalah guna dan memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]