RPH semasa peperiksaan
Setiap tahun. pastinya pentadbiran sekolah akan mengadakan peperiksaan berpusatkan sekolah sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Semasa peperiksaan ini juga, rekod persediaan mengajar / buku rancangan pengajaran harian juga perlu dikemaskini dengan maklumat atau rph berkenaan dengan peperiksaan.
Ada pihak sekolah yang membenarkan guru untuk sekadar menampal jadual waktu peperiksaan dan meng “highlight” nama sendiri bagi memudahkan pentadbir melihat nama guru ketika memeriksa buku rekod mengajar guru.
Tindakan di atas pastinya sangat memudahkan guru kerana guru hanya perlu menampal jadual peperiksaan dan memberi ruang kepada guru untuk menanda kertas peperiksaan yang banyak.
Namun begitu, ada juga pihak sekolah yang meminta guru mesti menyediakan rph semasa menjaga atau mengawas kelas peperiksaan. Ini bermaksud, guru perlu menjelaskan satu persatu langkah yang dilaksanakan semasa mengawas kelas peperiksaan.
Pada guru yang menyediakan rph, antara elemen yang perlu ada dalam rph tersebut adalah mata pelajaran peperiksaan, nama guru mata pelajaran, langkah semasa mengawas peperiksaan, catatan kehadiran murid dan beberapa perkara lagi.
Berikut merupakan contoh rph semasa peperiksaan yang boleh disediakan oleh guru.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]