Kerajaan perlu mempertimbang memberi cuti pelepasan khas pada 23 Jun 2017 sempena raya
Tajuk di atas merupakan satu cadangan yang dirasakan perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk kesejahteraan, kesenangan dan keselamatan rakyat Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri telah dijangka jatuh pada hari Ahad 25 Jun 2017 manakala cuti sekolah bermula pada 24 Jun 2017 iaitu pada hari sabtu. Semestinya pada perjalanan kali ini akan jadi tergesa-gesa memandangkan hanya terdapat 1 hari sebelum raya bagi mereka yang mempunyai perjalanan yang jauh.
Berdasarkan keadaan ini, DICADANGKAN kepada kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib untuk mengumumkan cuti pelepasan khas ataupun cuti peristiwa pada 23 Jun 2017 iaitu hari jumat untuk memudahkan rakyat Malaysia yang menyambut Aidilfitri ataupun mereka yang tidak menyambutnya tetapi pulang ke kampung untuk bercuti.
Terdapat beberapa faktor dan sebab kenapa perlunya kerajaan mengisytiharkan 23 Jun 2017 sebagai hari cuti khas. Antaranya…
1.Faktor Keselamatan di Jalan Raya.
Seperti kita sedia maklum, berakhirnya cuti sekolah akan menandakan bahawa ramainya ibubapa yang akan pulang ke kampung tambah-tambah lagi di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Pengguna jalan raya terutamanya yang menggunakan lebuh raya pantai timur yang ingin pulang ke negeri di pantai timur pastinya bilangan berjuta-juta pengguna.
Bayangkan, hari jumaat petang dan sabtu itu digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung pastinya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya di tol-tol masuk dan keluar lebuhraya. Di tol gemuruh terengganu sahaja, pada tahun 2016 ada pengguna lebuh raya memberitahu bahawa hampir tiga jam kereta beratur untuk keluar dari lebuh raya menuju ke Kelantan.
Jika kerajaan memberikan cuti pada hari jumaat, pastinya ramai orang yang boleh merancang perjalanan bermula pada hari khamis petang selepas waktu bekerja ataupun waktu persekolahan anak-anak.
Perlu diingatkan kepada kerajaan, pelbagai kes kemalangan yang terjadi setiap kali musim-musim perayaan yang banyak meragut nyawa. Kita telah dikejutkan dengan kematian bayi berusia 3 bulan akibat kemalangan melibatkan Perodua Axia dan Proton Persona, tingkah laku luar biasa yang melibatkan kejadian di tempat parkir kereta, dan beberapa lagi kemalangan yang dilaporkan di akhbar sepanjang cuti sekolah ini.
Dengan mengisytiharkan cuti ini juga akan memberika sedikit ruang dan masa kepada pemandu kenderaan untuk tidak tergesa-gesa memandu kenderaan memandangkan masih ada masa lagi sebelum tibanya hari raya. Jika ramai yang pulang pada hari sabtu, pastinya kebanyakan akan tergesa-gesa untuk pulang untuk mengejar kesempatan untuk berbuka dengan ibubapa di kampung, membeli juadah berbuka di bazar dan membeli persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
2. Faktor Kesejahteraan.
Faktor kesejahteraan ini meluas di mana merangkumi kesenangan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia semasa pulang ke kampung. Sewaktu perjalanan pulang ke kampung, pastinya pengguna jalan raya memerlukan kemudahan solat, makan minum, berehat, mengisi minyak dan kemudahan tandas sepanjang perjalanan. Jika tempat RnR pon penuh dengan pengguna-pengguna lain, pastinya wujud sedikit kesukaran kepada pengguna untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung.
Tambahan pula, tiket pengangkutan udara pastinya ada yang sudah kehabisan dan harganya pastinya telah melambung tinggi.
Tiket bagi Malaysia Airlines bagi perjalanan ke kota bharu dari kuala lumpur telah penuh.
Gambar di atas pula merupakan harga tiket penerbangan dari kuala lumpur pada hari Jumaat 23 Jun 2017 ke kota bharu. Harga sangat melambung tinggi.
Kerajaan juga perlu mempertimbangkan cuti ini kerana bagi ibubapa yang mempunyai cuti pada hari jumaat tersebut, ada segelintir yang akan tetap pulang pada hari khamis dan menyebabkan anak-anak tidak hadir ke sekolah sehingga menganggu peratusan kehadiran murid ke sekolah pada bulan Jun.
Semoga cadangan ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Cuepacs.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]