Divider RPH Cuti Pertengahan Tahun 2017
Cuti sudah pon habis. Maka guru perlu kembali melaksanakan tugas hakiki iaitu mengajar. Sebelum bermulanya, pengajaran, guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian yang lengkap.
Buku atau fail rekod rph ini perlu disediakan oleh guru dengan lengkap, kemas dan cantik. Selain rph, antara perkara yang sering disimpan oleh guru di dalam rekod rph ini adalah pembahagi atau divider yang menyatakan sesuatu peristiwa ataupun kejadian yang berlangsung sehingga guru tidak perlu menyediakan rph pada hari tersebut.
Antara perkara yang sering dilaporkan oleh guru adalah berkenaan dengan bermulanya sesuati cuti persekolahan.
Perkongsian kali ini melibatkan divider rph bagi cuti pertengahan tahun 2017 yang bermula di penghujung bulan Mei dan berakhir di pertengahan bulan Jun.
Berikut merupakan contoh divider yang boleh ditampal atau dilekatkan di dalam buku atau folder rph.
Divider yang dikongsikan di atas sesuai untuk sekolah dalam kumpulan B iaitu sesi persekolahan yang bermula pada hari isnin dan berakhir pada hari jumaat. Bagi sekolah yang tergolong di dalam kumpulan A, perlu membuat perubahan pada tarikh di atas kerana cuti bermula awal sehari pada 26 Mei 2017 dan berakhir 11 Jun 2017.
Ini disebabkan, sekolah di dalam kumpulan A persekolahan bermula pada Ahad dan berakhir hari khamis.
Pasti bertanya apa pentingnya divider ini. Divider ini digunakan untuk mencantikkan dan menghias lagi buku atau fail rekod rph. Divider ini juga memberi notifikasi kepada guru berkenaan dengan tarikh bagi rph yang dilaksanakan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]