Gerak Gempur UPSR Pelbagai Bahan Latih Tubi
Sudah bulan Jun, UPSR Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang bakal diadakan pada Ogos/September nanti semakin hampir. Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi bagi mempersiapkan diri murid-murid sebelum peperiksaan menjelma.
Setiap tahun pihak sekolah akan merancang program dan aktiviti khas untuk kecemerlangan akademik khasnya untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
Dalam masa 3 bulan ini, pastinya pihak sekolah akan terus menggandakan usaha bagi meningkatkan pencapaian murid sama ada melalui pelaksanaan kem motivasi, klinik peperiksaan, kelas tambahan petang dan malam, program berbentuk kerohanian dan pelbagai lagi program yang boleh membantu perkembangan diri murid.
Antara program yang biasa dilakukan adalah program gerak gempur UPSR dengan memberikan murid pelbagai bentuk dan aras soalan yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber.
Ada pihak sekolah yang menjalankan program gerak gempur ini dengan mengadakan kelas tambahan yang sangat intensif. Kelas tambahan diadakan pada waktu petang, malam dan ada juga diadakan pada waktu hujung minggu.
Antara sebab kenapa perlunya program gerak gempur ini adalah untuk
1.Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR.
2.Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah.
3.Untuk mencapai sasaran peratus lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD seiring dengan matlamat pendidikan nasional.
4.Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.
5.Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan dalam memperolehi pencapaian optimum.
6.Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan peperiksaan awam dengan kerjasama pihak luar, PIBG dan masyarakat setempat.
Berikut merupakan bahan gerak gempur UPSR yang telah dikumpulkan dan akan diteruskan pengumpulannya dari masa ke semasa.
Bahan Gerak Gempur UPSR Bahasa Inggeris
Bahan Gerak Gempur UPSR Bahasa Melayu
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]