Modul Cemerlang Bahasa Melayu UPSR
UPSR Ujian pencapaian sekolah rendah semakin hampir. Pelbagai bahan dan modul latih tubi perlu disediakan oleh guru untuk memberikan input tambahan dan soalan persediaan kepada murid.
Perkongsian ini melibatkan modul cemerlang bahasa melayu upsr yang tidak dipastikan daripada negeri mana. Yang pasti, modul ini telah disediakan pada tahun 2017.
Pada modul ini, terdapat gabungan bahasa melayu pemahaman dan bahasa melayu penulisan. Setiap bahagian bagi kedua-dua kertas peperiksaan ini dibahagikan kepada bahagian masing-masing.
Berikut merupakan contoh soalan modul ini…Dimulakan dengan soalan pemahaman bahagian B.
Tersemat di benak dara berenam,
Perawan yang baik dijadikan tamsil;
Bioteknologi ternak dan tanam,
- Nyatakan duasumbangan bioteknologi dalam bidang pertanian.
- Nyatakan duakeistimewaan lembu kacukan.
- Senaraikan duaproduk kelapa sawit yang kamu tahu.
Soalan berbentuk berita…
SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 – Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus ‘Rapid KL’ hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk laluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen Dua, Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.
- Mengapakan perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ tidak dapat disediakan bagi kesemua laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur
- Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ bagi hari-hari bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti umum dengan hari bekerja?
Berikut merupakan modul cemerlang upsr Bahasa Melayu
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]