Modul BM Penulisan UPSR Pasti A Pahang
Bagi subjek bahasa melayu penulisan UPSR, subjek ini juga antara subjek yang agak sukar untuk diperolehi gred A cemerlang terutamanya bagi murid yang bukan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda seperti murid cina, india, iban dan bumiputra yang mempunyai bahasa ibunda tersendiri.
Modul pasti A ini dihasilkan untuk membantu guru dan murid calon upsr dalam pendedahan terhadap format baru yang menggunakan elemen kemahiran berfikir aras tinggi KBAT dan pengenalan kepada format UPSR 6A.
Dalam modul ini juga disediakan teknik-teknik menjawab soalan format baharu ini sebagai panduan kepada guru dan murid.
Modul ini merupakan satu modul yang dihasilkan melalui jaliann kerjasama di antara jabatan pendidikan negeri pahang denga yayasan pahang.
Contoh soalan seperti
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kesihatan berdasarkan gambar.
- Kite hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali untuk memastikan kesihatan terjamin.
- Bersenam dua kali seminggu dapat mengeluarkan peluh supaya badan menjadi sihat dan cergas.
- Kita perlulah membersihkah kawasan rumah untuk mengelakkan nyamuk Aedes membiak.
- Setiap orang perlu mengambil makanan seimbang agar tubuh badan menjadi sihat.
- Kita mestilah mandi menggunakan air yang bersih dan sabun untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Bahagian B
Tulis ulasan tentang sambutan bulan kemerdekaan dalam bentuk perenggan.
Pada 31 Ogos, seluruh negara menyambut Bulan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah perasmian dan ceramah tentang perjuangan ketika menuntut kemerdekaan. Selain itu aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang di sekolah, di rumah, bangunan-bangunan kerajaan dan kereta. Seterusnya di sekolah di adakan pertandingan melukis dan mewarna bendera Jalur Gemilang.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menyambut Bulan Kemerdekaan untuk mengenang jasa-jasa pejuang tanah air.
Berikut merupakan modul BM Penulisan UPSR Pasti A dengan 119 muka surat. Kongsikan kepada rakan guru ibubapa dan murid.
Modul BM Penulisan UPSR Pasti A
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]