74 contoh karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan
Antara cara untuk mengajar murid membina dan membuat karangan UPSR adalah melalui contoh-contoh karangan. Contoh-contoh karangan yang ditunjukkan kepada murid boleh merangsang pemikiran murid untuk mencari idea dan isi ketika membuat karangan.
Tambahan pula, jika murid ada menghafal beberapa karangan, tiba-tiba menjadi rezeki murid di mana isi karangan yang dihafal tersebut boleh digunakan untuk murid menjawab soalan karangan.
Perkongsian ini melibatkan karangan Bahasa Melayu Penulisan UPSR dengan 74 contoh karangan. Berikut merupakan contoh karangan yang terdapat dalam perkongsian ini.
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Ibu Saya ”.
Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.
Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.
Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa -apa kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.
Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti.
Contoh 2 :
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Keluarga Saya ”.
Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu ayah, emak, saya dan dua orang adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.
Ayah saya bernama Joshua Siaw. Beliau seorang guru yang mengajar di SJK Chung Hua Krokop yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah. Ibu saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak.
Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama dengan tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar bernama Jason dan Jeff . Mereka masih bersekolah tadika. Adik-adik saya comel dan manja
Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang -menyayangi serta mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.
Berikut merupakan modul contoh karangan UPSR untuk anak-anak.
74 Contoh Latihan Karangan UPSR BM Penulisan
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Sharvin
Sy nak karangan yang senang hafal
Pickyeater
Kata ada74 contoh karangan tapi ada 2 je
admin
akan diupdate nanti…tersalah file
sarvina
I want a essay that is suitable for homework and exam.
Dabster
I wish there’s better essay for everyone
Aira
Karangan bukan ada 6 perenggan ke.
admin
pendahuluan dan penutup mesti ada…perenggan bergantung kpd isi
Aira Farisah
Karangan ade 6 perenggan..tapi kadang-kadang ada yang buat lebih
eisya nurarrysa
karangan tentang lain ada tak. lagipun dekat situ tulis ”74 contoh karangan” tapi cuma ada dua sahaja
admin
ada 74 semua..sudah semak…mungkin ada masalah dgn laptop tuan/puan atau cuba dnlod dahulu
Keerthivasini
Thank you .Very much
liza
Saya nak contoh karangan jamuan perpisahan guru besar
izzah
kenapa ada 2 je karangan patutnya ada 74 la
admin
ada 74 cg…bleh cek
Nur izzatul munirah
Kenapa tak dak ponn 74 karangan ada ponn 2 karangan lagi ponn tak ada 6 perengan
admin
dnlod dahulu ye fail tersebut..2 karangan tersebut hanya contoh
shafika ganik
karangan yang sangat terbaik….i am focus to this exam…bahasa melayu… i love bahasa melayu
SITI ROHANI JURINI
Saya nak contoh karangan tentang KEMBARA DALAM KEINDAHAN
haliza
nak download
kat mn.
kragn peribhasa ada x?
admin
blom ada cg…akan diusahakan…
ayam
kata ada 74 karangan tengok ada2
admin
kne muat turun fail…