Karangan Terbaik UPSR
Sudah menjadi lumrah seorang guru untuk menyediakan pelbagau bahan dan sumber untuk anak murid membuat ulangkaji berkenaan sesuatu topik pelajaran.
Perkongsian kali merupakan e-book berkenaan dengan karangan terbaik UPSR iaitu karangan yang dibina oleh rakan guru. Berikut merupakan contoh karangan yang terdapat dalam ebook ini. Baca lagi untuk muaturun ebook ini.
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton Televisyen”.
Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.
Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.
Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu, tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan bermanfaat.
Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu mengawalnya agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu tempoh tertentu pula.
Berikut merupakan contoh kedua karangan yang terdapat dalam ebook ini.
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya‟.
Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani kehidupan hariannya. Jadi, apakah perana-peranan komputer yang sebenarnya?
Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh itu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik.
Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama manusia itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.
Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah siap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di mana-mana tempat pun di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang itu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.
Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat luar.
Berikut merupakan ebook karangan terbaik yang boleh dimuaturun oleh guru.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]