Koleksi RPH Sekolah Rendah Minggu ke 30
RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.
Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.
Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.
Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar.
Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-
- Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
- Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
- Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
- Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
- Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
- Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
- Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
Untuk makluman kepada mereka yang bukan bergelar guru, rph ini perlu disediakan untuk setiap kali waktu pengajaran. Contohnya, jika pada hari itu guru tersebut masuk mengajar 3 kelas mata pelajaran, maka, guru tersebut perlu menyediakan 3 rph pada hari tersebut yang lengkap sebelum dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar.
Penyediaan RPH ini ibarat peluru bagi seorang askar. Tiada rph, makanya tidak mungkin guru dapat mengajar dengan betul dan tepat terhadap sesuatu kelas. RPH ini merupakan satu garis panduan kepada guru yang dirangka oleh guru sendiri untuk mengajar sesuatu kelas.
Dalam rph ini akan terdapat tarikh, waktu, masa, topik dan kandungan pembelajaran, aktiviti yang dirangka, bahan bantu mengajar yang digunakan dan juga refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan.
Berikut merupakan koleksi RPH yang telah disusun mengikut tahun. Ada yang lengkap setahun, dan ada yang separuh dan ada yang berminggu-minggu. In sha Allah di sini akan dikemaskini sentiasa. Terima kasih kepada mereka yang sanggup berkongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]