Modul Pdp Sains Tahun 6 kssr
Sejak KSSR diperkenalkan, KPM juga telah mengeluarkan hampir setiap modul bagi setiap mata pelajaran untuk menjadi panduan dan rujukan guru.
Dalam modul ini juga, telah disediakan beberapa contoh rph ataupun lembaran kerja untuk digunakan oleh guru di dalam kelas nanti.
Modul pdp ini telah disediakan untuk membantu guru dalam pdp mata pelajaran sains. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran.
Walaupun dalam modul ini telah diperuntukkan masanya, namun ia bukan perkara yang wajib dipatuhi oleh guru. Ini disebabkan, cadangan aktiviti yang digunakan dalam modul ini perlu juga mengikuti kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian murid.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping menggabungjalin pendekatan pedagogi yang lain bersesuaian. Penerapan elemn tmk,keusahawanan, dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya.
Modul ini menyediakan pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Aktivit yang dicadangkan juga mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai SP yang telah ditentukan. Guru digalakkan mengubahsuai modul ini bersesuaian dengan murid dan peralatan yang terdapat di sekolah. Guru juga digalakkan membina modul pdp yang bersesuaian dengan murid mereka.
Berikut merupakan modul PDP Tahun 6 Sains KSSR.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
meni
good and i like