Modul Soalan No 25 Bahasa Melayu Pemahaman UPSR
Dalam kertas Bahasa Melayu Pemahaman UPSR kssr format baru bermula 2016, hanya akan terdapat 25 nombor soalan sahaja. Bagi nombor 25 , soalan tersebut adalah berbentuk soalan pemahaman dan murid perlu menjawab soalan bertulis berdasarkan soalan yang disoal pada petikan tersebut.
Modul ini dibina bagi membantu murid lemah menjawab dan menguasai soalan No 25 ini. Ini disebabkan, nombor 25 ini terdapat banyak markah yang pastinya akan merugikan murid jika gagal menguasai soalan ini. Pada soalan 25 ini juga, biasanya terdapat soalan berbentuk KBAT di mana soalan tersebut akan bertanya pendapat dan pemikiran murid terhadap sesuatu perkara. Jawapan tersebut perlu datang dari benak fikiran murid sendiri.
Bagi membantu murid lemah, dikongsikan modul yang hanya berfokuskan kepada soalan nombor 25 ini. Berikut merupakan contoh soalan dalam modul ini dan soalan berbentuk KBAT ini boleh diperhatikan di bawah di mana murid akan disoal kenapa mereka memerlukan kawan.
Untuk mendapatkan kawan,
Jangan selalu berkawan.
Kawan yang sejati,
Mesti kita hormati.
Kalau kita berbuat baik,
Orang nanti kena serang
1) Apakah maksud kawan sejati di rangkap pertama mutiara kata di atas ?
2)Pada pendapat kamu, mengapa kita perlukan kawan ?
3)Terangkan maksud baris dalam mutiara kata di atas.
Antara contoh sajak yang terdapat dalam modul ini.
Dadah, Kaulah perosak segala bahagia,
Anak menderita, hilang kasih sayang,
Isteri mengalir air mata,
Rumah tangga porak-peranda.
Wahai bangsa, bangunlah menjadi harapan bangsa,
Tunjuk keupayaan, keyakinan, keazaman,
Kuatkan diri, jauhi dadah,
Dadah Musuh Negara.
Berikut merupakan modul soalan nombor 25 yang berfokuskan kepada murid lemah. Modul dikongsikan oleh Cikgu Veronica dari SJKT Kinta Valley.
Modul UPSR Bahasa Melayu Pemahaman Soalan No 25
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com