Modul Think Thank Matematik UPSR Kedah
Subjek matematik pon boleh dianggap susah kan. Berikut merupakan sedikit tips nak pandai matematik…Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca.
Kedua kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik.
Ketiga mesti Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
Perkongsian seterusnya melibatkan modul think thank iaitu Modul Matematik UPSR daripada pihak JPN Kedah. Modul ini merupakan modul matematik yang berfokuskan kepada kertas 1.
Antara contoh soalan yang terdapat dalam modul ini adalah seperti….
Harun ada 1 643 keping setem. Dia menyimpan 140 keping. Baki setem diberi sama banyak kepada tiga orang rakannya. Antara berikut, yang manakah pengiraan yang betul untuk menunjukkan bilangan setem setiap orang rakannya dapat?
Purata markah Matematik bagi tiga orang murid ialah 80. Markah purata menjadi 78 apabila dimasukkan markah dua orang murid lagi. Manakah di antara berikut, merupakan markah yang diperolehi dua orang murid tersebut?
Umur Aida , Siti dan Suzy masing – masing ialah 12 tahun 9 bulan, 11 tahun dan 13 tahun 9 bulan. Purata umur mereka ialah
Apabila 8 645 dibahagi dengan 16, terdapat baki 5. Satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 16 ialah…….
Berikut merupakan modul think thank matematik upsr ini.
Modul Think Thank matematik upsr
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
Muhammad Farizman Bin Sukeri
Soalan ini nampak mudah tapi susah nak buat pengiraannya