Modul UPSR Skor A Bahasa Melayu
Modul ini mengandungi soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Soalan-soalan pemahaman merangkumi seluruh topik sistem bahasa.Mahupun modul ini dibangunkan untuk UPSR format KBSR, namun, bahan-bahan seperti soalan tatabahasa masih boleh digunapakai.
Bagi soalan pemahaman petikan pula, diserta petikan-petikan yang meliputi pelbagai bentuk teks prosa dan bukan prosa dengan diikuti oleh lima soalan pemahaman.
Panduan tentang teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan telah diberikan bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran guru-guru dan murid-murid. Panduan ini dapat membantu murid-murid menjawab soalan dengan berkesan. Panduan ini juga sesuai untuk ulang kaji murid di saat akhir.
Bagi soalan penulisan pula, ketiga-tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C disediakan. Setiap soalan latihan yang dipilih adalah berdasarkan kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara objektif modul ini adalah sebagai bahan sokongan aktiviti pembelajaran dan pengajaran, sebagai pemangkin untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari, bahan yang terarah membantu murid-murid menulis karangan dengan tersusun, membantu menguasai kemahiran menjawab soalan pemahaman dan sistem bahasa.
Objektif modul ini juga untuk membantu murid menguasai teknik penulisan dengan berkesan, supaya murid dapat menulis pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif dan juga membantu guru boleh mendapatkan gambaran tentang prestasi murid selepas sesi pembelajaran dan membaiki kelemahan tersebut dengan segera.
Bagi menggunakan modul ini dengan lebih berkesan, disarankan guru memberi bimbingan kepada murid untuk disesuaikan dengan format baru UPSR.
Berikut merupakan modul skor A Bahasa Melayu untuk Pemahaman dan Penulisan
Modul UPSR Skor A Bahasa Melayu
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Chandra Thaashviny A/P Raman
I want to past please