Modul Vocabulary UPSR
Untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan UPSR nanti, antara ilmu yang perlu dikuasai oleh murid adalah penggunaan vocabulary UPSR. Antara faktor yang mendorong murid tersalah jawab sesuatu soalan UPSR adalah disebabkan kurangnya penguasaan dan pengetahuan berkenaan dengan vocab dalam Bahasa Inggeris.
Ada murid yang tidak mengetahui makna sesuatu perkataan sehingga menyebabkan kesilapan semasa menggunakan perkataan tersebut.
Untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi.
Bagaimana jika buku tersebut hilang? Disebabkan itulah murid perlu menulis vocab dalam satu buku khas. Bahagikan buku khas tersebut mengikut 26 abjad huruf untuk memudahkan proses pengumpulan dan rujukan di masa akan datang.
Bagaimana cara lain menguasai vocab Bahasa Inggeris?? Salah satu cara berkesan untuk belajar vocabulary, anda perlu praktis, praktis dan praktis setiap hari. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk praktis memahirkan vocabulary English ini.
Cukup anda mengambil masa 10 ke 15 minit sehari. Lagi lama masa yang anda ambil lagi bagus. Tetapi, 3 cara ini anda perlu lakukan setiap hari. Mulakan dengan satu perkataan baharu setiap hari. Apabila sudah mahir nanti boleh di tambah dengan 2 atau 3 perkataan setiap hari.
Menguasai vocabulary English merupakan suatu permulaan dalam mempelajari Bahasa Inggeris sahaja.
Berikut merupakan modul Vocabulary Bahasa Inggeris.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]