Module English SPM Perfect Score
Dalam mana mana peperiksaan, tidak kira peringkat UPSR, PT3 ataupun SPM sekalipun, antara mata pelajaran yang pastinya menjadi killer subject tidak lain tidak bukan adalah kertas peperiksaan melibatkan Bahasa Inggeris.
Bagi SPM, penulisan karangan ataupun essay merupakan antara punca murid / pelajar mendapat markah yang rendah dalam kertas peperiksaan bahasa inggeris.
Antara tips yang boleh dikongsi kepada murid semasa menjawab kertas bahasa inggeris adalah yang pertama mesti baca soalan sebaiknya. Fahami kehendak essay tersebut dan jangan menyimpang daripada kehendak essay tersebut.
Jika terdapat isi yang telah disediakan dalam soalan tersebut, mesti gunakan ke semua isi yang telah diberikan. Jika pengiraan isi tidak berpadanan dengan markah yang disediakan, pelajar perlu menambah idea sendiri. Jika karangan berbentuk format, gunakan format karangan sebetulnya.
Bagi memastikan karangan kita menarik, sila gunakan idioms ataupun apa sahaja quote menarik. Bentuk ayat pula adalah pelbagai dengan ayat berbentuk simple, compund dan complex dalam satu karangan.
Untuk soalan pemahaman, cari jawapan daripada maklumat yang telah disediakan. Jika soalan menyoal pendapat kita, berikan pandangan sendiri yang tidak dinyatakan di dalam teks dan jawapan kita mestilah logik dan relevan (boleh diterima).
Berikut merupakan modul perfect score bagi English SPM yang berfokuskan penulisan essay.
Module SPM English Perfect Score
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]